Intai peluang kerjasama baharu Pahang-China

Intai peluang kerjasama baharu Pahang-China

KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunjungan rasmi Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, di sini, hari ini.

Sempena kunjungan itu, Wan Rosdy dan Yujing sempat bertukar pandangan dan berbincang kerjasama perniagaan yang sudah dimeterai di antara Kerajaan Pahang dan Kerajaan China serta peluang pelaburan baru yang boleh diterokai di Pahang bagi manfaat kedua-dua pihak.

“Kunjungan rasmi ini juga adalah bersempena meraikan 10 tahun kerjasama antara Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).

“Sesungguhnya, hubungan perniagaan yang terjalin antara Kerajaan Pahang dan Kerajaan China akan terus diperkukuhkan kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan hasil dan pelaburan negeri.

“Malah, ia juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran Facebook. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN