BERA: Projek pembangunan untuk daerah ini seperti menaiktaraf jalan utama Kemayan-Kerayong, mengatasi masalah air, mewujudkan kawasan industri baru akan terus dilaksanakan.
Jaminan itu disuarakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dalam Majlis Ramah Mesra Keluarga Malaysia bersama masyarakat Cina dan India di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas Kerayong, petang semalam.
Hadir sama Ketua MCA Bahagian Bera, Tey Kim Seng dan Ketua MIC Bera, K Murugan.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengajak masyarakat Cina dan India sebagai Keluarga Malaysia berganding bahu bersama UMNO menjadikan daerah ini terus maju dan makmur.
Selain itu, beliau turut menggesa MCA bekerja kuat untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) nanti. – MUHAMMAD NAJMIE