Ismail Sabri dapat lebih 111 sokongan jadi PM  kata Ahli Parlimen Pasir Salak

Ismail Sabri dapat lebih 111 sokongan jadi PM kata Ahli Parlimen Pasir Salak

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Ismail Sabri yang menjadi calon tunggal Perdana Menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN), dikatakan memperoleh sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman seperti laporan Berita Harian Online. 

“UMNO dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat antara Ahli Parlimen BN bagi memutuskan calon Perdana Menteri di Menara Dato’ Onn, di sini, malam tadi.