BERA: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai Perdana Menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.
Beliau berkata, walaupun kes Covid-19 semakin menurun berbanding di awal pelantikannya sebagai PM Ke-9 dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, tugas itu masih belum berjaya dilunaskan dengan sepenuhnya.
“Saya perlu sokongan daripada parti untuk menaikkan semangat saya untuk perjuangan. Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan politiking yang tak habis-habis.
“Kes memang semakin menurun tapi masih di sekitar 4,000. Jangan ingat kita dah bebas sepenuhnya daripada Covid-19 dan tanggungjawab saya masih lagi besar dan perlu saya lakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera, di sini, 11 Disember lalu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menyeru UMNO untuk kembali ke asas perjuangan parti dalam membawa kesepaduan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau juga mengingatkan ahli parti untuk menjadikan kekalahan pada PRU14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.
“Kita bentuk kerajaan hari ini bukan kerana kita menang PRU tetapi kerana kita bekerjasama dengan parti lain. Kita seolah-olah lupa perkara itu.
“Tujuan asal penubuhan UMNO adalah untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti,” katanya.
Naib Presiden UMNO itu juga mengingatkan ahli parti supaya tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dengan menggesa PRU diadakan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menyeru UMNO untuk kembali ke asas perjuangan parti dalam membawa kesepaduan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau juga mengingatkan ahli parti untuk menjadikan kekalahan pada PRU14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.
“Kita bentuk kerajaan hari ini bukan kerana kita menang PRU tetapi kerana kita bekerjasama dengan parti lain. Kita seolah-olah lupa perkara itu.
“Tujuan asal penubuhan UMNO adalah untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti,” katanya. BERNAMA