KUANTAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail mahu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 dizahirkan sebagai wadah membentuk kesatuan hati,fikiran serta tindakan antara setiap ahli parti politik terbesar di Malaysia itu.
Beliau berkata, kesatuan amat penting kerana ia membolehkan UMNO membuat persiapan rapi untuk berjuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
“Kita perlu membuktikan bahawa UMNO adalah parti terbaik membela nasib dan kebajikan rakyat di negara ini. UMNO (adalah) sebuah perjuangan,” katanya menerusi hantaran di facebook, hari ini.
Justeru, Wan Rosdy mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan di PAU 2021.
Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka, dijangka dihadiri 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN