Jadikan penyelidikan, inovasi sebagai budaya

Jadikan penyelidikan, inovasi sebagai budaya

TEMERLOH: Aktiviti penyelidikan dan inovasi perlu dijadikan budaya yang sentiasa aktif di kalangan pelajar dan warga pendidik di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Malah, budaya itu perlu turut sama dilakukan oleh kakitangan kerajaan dan swasta di negara ini dalam memastikan kemajuan dapat terus diterokai.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad berkata, mengikut laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2021, negara kini berada di tangga ke-36 daripada 132 negara bagi segmen berkenaan.

Menurutnya, di peringkat Asia Pasifik negara kini di kedudukan kelapan dalam indeks yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) iaitu agensi khas di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Cornell University.

“Saya memuji kemampuan Kolej Komuniti Temerloh menganjurkan pertandingan International Innovative Competition IIC ’22 apabila dapat menarik 274 pasukan, termasuk  dari Thailand dan Indonesia.

“Banyak produk baharu dapat dihasilkan menerusi pertandingan yang julung kali diadakan itu,” katanya pada majlis perasmian penutup IIC ’22 di Kolej Komuniti Temerloh, di sini semalam. Hadir sama pengarah Kolej Komuniti Temerloh, Mohd Yusof Yaziz. – MOHD IMRAN IZZADÂ