Jaga jaga aokme, air Sungai Tembeling dah naik balik

Jaga jaga aokme, air Sungai Tembeling dah naik balik

JERANTUT: Sebilangan penduduk di Kampung Bantal di sini, mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan kemusnahan kediaman masing-masing daripada bencana banjir.

Difahamkan, kebanyakan penduduk menyediakan rumah rakit untuk diisi barangan setiap kali air naik.

Penduduk, Japrun Ali, 62, berkata penduduk Kampung Bantal terutama peniaga di pinggir Sungai Tembeling kini sibuk mengemas barangan jualan mereka. 

“Kebanyakan mereka mempunyai rumah rakit di sebelah kedai, malah ada yang di dalam kedai. Apabila paras air naik, mereka tak perlu pindahkan barang ke tempat lain. 

JERANTUT:    Hujan renyai renyai sejak  subuh  tadi  tanpa henti  henti  menyebabkan air Sungai Tembeling mula melimpah kembali ke kampung Bantal, Hulu Tembeling petang ini dan siren amaran turut telah berbunyi 

“Pada masa ini air mula naik sehingga ke dalam lapan kedai runcit dan kedai makan di situ,” katanya ketika ditemui, hari ini. 

Tinjauan Fikrah Pahang di kawasan berkenaan hari ini mendapati air Sungai Tembeling mula melimpah kembali ke kampung itu mulai petang ini. 

Sehubungan itu, pihak berkuasa membunyikan siren amaran pada jam 5.30 petang tadi bagi memberi amaran kepada penduduk selepas air sampai ke paras berjaga-jaga.

Tinjauan juga mendapati keadaan air Sungai Tembeling agak deras dengan membawa kayu kayu hanyut dari hulu sungai.

Sementara itu seorang peniaga kedai makan, Hadi Mat Shah,63, berkata dia tidak bimbang dengan banjir kerana kedai makannya mempunyai tong di bawah lantai yang membolehkan keseluruhan kedai terapung sekiranya air semakin meninggi. 

“Saya letak tong di bawah lantai, jadi bila banjir, keseluruhan struktur kedai terapung macam kapal,” katanya.

Peniaga kedai runcit, Wan Norahan  Wan Mahamud, 65, pula berkata, dia sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mula mengemas barang sejak jam 10 pagi tadi. 

“Saya dah angkat barang ke rumah rakit berhampiran kedai bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE