Jaga-jaga aokme yek, tiga sungai dah lepas paras bahaya

Jaga-jaga aokme yek, tiga sungai dah lepas paras bahaya

KUANTAN: Tiga sungai merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya, masing-masing satu di Raub, Lipis dan Bera, pagi ini.

Sungai terbabit adalah Sungai Lipis di Batu Malim, di Raub; Sungai Kechau di Kampung Dusun (Lipis) dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang (Bera).

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai pula melepasi paras amaran.

Ia membabitkan Sungai Lipis di Benta, di Lipis; Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut); Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub); Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi (Bentong) dan Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran).

Empat belas sungai pula melepasi paras waspada termasuk Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di Kuantan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN