Jakim bantu pelajar Smart Tahfiz UCYP

Jakim bantu pelajar Smart Tahfiz UCYP

KUANTAN: Dua belas pelajar Smart Tahfiz Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menerima bantuan awal persekolahan (BAP) 2022 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengetua Smart Tahfiz UCYP, Abdul Manaf Hassan berkata, penerima adalah mereka yang terdiri keluarga B40 dan setiap pelajar menerima RM150.

“Semua pelajar bersyukur dengan bantuan yang diterima dan mereka akan gunakan untuk membeli barangan keperluan.

“Saya bagi pihak Smart Tahfiz UCYP mengucapkan terima kasih kepada Jakim menghulurkan bantuan awal persekolahan ini,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD