KUANTAN: Pembinaan jalan alternatif yang menghubungkan Chendering dan Taman Tas, di sini, diharap dapat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas menjalankan tugas menyelamat lebih pantas.
Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerja pembinaan jalan pintasan itu sedang dilaksanakan.
“Jalan ini adalah di bawah perhatian saya kerana mahu ahli bomba dapat mengambil tindakan yang pantas dan cepat untuk ke lokasi apabila berlaku kecemasan.
“Semoga dengan siapnya jalan ini nanti, pasukan bomba akan dapat lebih bersiap siaga dan menangani kecemasan dengan pantas seterusnya memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” kata yang juga Timbalan Menteri Kewangan I menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN