Jambatan Bailey ke Perwira Jaya dan Selancar Boleh Dilalui

Jambatan Bailey ke Perwira Jaya dan Selancar Boleh Dilalui

7 Mac 2023- Permasangan jambatan panel keluli (Bailey Bridge) sepanjang 42.67 meter di jalan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar boleh digunakan mulai hari. Kerajaan menyediakan peruntukan segera bagi membina jambatan Bailey di laluan utama ke Felda Selancar di sini yang runtuh dan mengalami hakisan teruk ekoran arus deras disebabkan hujan lebat dan berterusan sejak 1 Mac lalu.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy menerusi laman facebook rasminya 5 Mac lalu turut meninjau proses pembinaan jambatan bailey yang dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200,000.00 bagi membina laluan sementara di Kilang A Felda Selancar 2A yang telah runtuh akibat banjir. “Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan rakyat negeri Pahang serta dilindungi daripada sebarang musibah dan bencana,” katanya.

Oleh Kabhi Ismail