Jaminan Anwar buat rakyat Pahang dan pemimpinnya

Jaminan Anwar buat rakyat Pahang dan pemimpinnya

KUANTAN: YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pahang akan terus dipereratkan. 

Menerusi hantarannya di Facebook rasmi, hari ini, Anwar berkata, kerjasama itu untuk kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan YA Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi Kerajaan Pahang di Putrajaya, hari ini.

“Pertemuan tersebut menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.

“Insha-Allah, kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy menerusi satu hantaran pula memaklumkan: “Banyak perkara yang telah dibincangkan terutamanya mengenai agenda pembangunan di Negeri Pahang.

“Alhamdulillah, pertemuan ini cukup bermakna dalam memastikan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan demi kestabilan negeri Pahang dan kesejahteraan rakyatnya.” – MUHAMMAD IZZ ZAHIN