Jangan guna alat yang dilarang untuk tangkap ikan

Jangan guna alat yang dilarang untuk tangkap ikan

KUANTAN: Jabatan Perikanan Pahang mengingatkan masyarakat supaya tidak menggunakan peralatan yang dilarang untuk menangkap ikan.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, penggunaan alat berkuasa elektrik untuk menangkap ikan di sungai, paya dan parit adalah kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) Pahang 1991.

Menurutnya, penggunaan racun, tuba, bahan letupan juga menjadi kesalahan dan mereka yang ditangkap boleh didakwa di mahkamah.

“Sekarang penguatkuasaan perikanan darat dan sungai di Pahang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Bersepadu Negeri Pahang bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

“Penguatkuasaan bukan lagi bawah Jabatan Perikanan Pahang sejak April 2021. Oleh itu, kita kini lebih menumpukan kepada aktiviti pemuliharaan, pembangunan dan pengurusan perikanan,” katanya, di sini, hari ini.- MOHD IMRAN IZZAD