Jangan hanya jadi penumpang

Jangan hanya jadi penumpang

KUANTAN: Golongan yang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah ibarat penumpang yang hanya tahu menikmati pelbagai kenikmatan di negara ini tanpa secebis rasa kesyukuran.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Ahmad Tajuddin Sulaiman, berkata golongan itu harus sedar keselesaan dinikmati hari ini adalah hasil usaha keras tokoh UMNO terdahulu yang bertungkus lumus membina negara ini. 

“Sama ada setuju atau tidak, pembangunan dan keselesaan yang kita nikmati hari ini tentu ada yang mengusahakannya.

“Kalau dibelek rekod, parti yang terbabit membina keselesaan ini adalah UMNO dan semangat itulah yang kita warisi hari ini.

“Dalam bahasa mudahnya, kalau kita warisi negara aman, tenteram dan membangun, kita sebenarnya mewarisi jasa, budi serta perjuangan orang terdahulu,” katanya kepada Fikrah Pahang. – HELMY ABD RAHMAN