Jangan main-main la weh, ikut SOP

Jangan main-main la weh, ikut SOP

BENTONG: Polis mengeluarkan 533 kompaun terhadap individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sejak 18 April hingga kelmarin.

Antara kesalahan dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka di tempat awam, tidak membuat imbasan MySejahtera di samping merentas daerah dan negeri tanpa dokumen yang sah. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata 180 daripada jumlah kompaun itu dikeluarkan di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bentong menghala Kuantan, membabitkan kesalahan tiada borang rentas negeri dan tiada permit pergerakan.

Katanya, terdapat enam kesalahan pemalsuan dokumen rentas negeri dan menyebabkan sembilan individu ditahan.

“Kita turut merampas 1.505 kilogram daun ketum di SJR Bentong dan ia adalah rampasan terbesar di Pahang, pada 20 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian di SJR Tol Bentong yang ditamatkan berikutan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, sejak malam tadi.