CAMERON HIGHLANDS: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Ramli Mohd Nor meluangkan masa melawat rumah mangsa yang dibadai angin kencang di Kampung Keledek, hari ini.
Rumah penduduk, Rogayah Ishak, rosak teruk apabila dihempap pokok yang tumbang
dalam kejadian angin kencang yang berlaku pada pagi kelmarin.
Ramli berkata: “Saya berharap mangsa bersabar dengan kejadian yang menimpa. Bagi meringankan beban, saya sudah menyampaikan sumbangan sedikit wang tunai kepada mangsa.
“Mudah-mudahan urusan selanjutnya dipermudahkan Allah SWT. Saya juga akan membantu keluarga itu untuk membaik pulih semula bahagian rumah yang rosak untuk keselamatan dan keselesaan mereka.” – MUHAMMAD NAJMIE