PENYERANG Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo mahu memastikan sentuhan gol akan memihak kepadanya pada setiap perlawanan.
Katanya, gol pertama yang dijaringkannya pada perlawanan menentang PJ City FC kini menjadi penyuntik semangat kepadanya.
“Saya gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama musim ini selepas dua perlawanan Liga Super. Ia meningkatkan keyakinan saya untuk membantu Sri Pahang mencatat kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya.
Kelmarin, pemain berasal dari Brazil itu menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-38 sebelum pemain tengah PJ City, R Barathkumar menyamakan kedudukan 1-1, kira-kira lima minit sebelum perlawanan tamat.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN