Jaringan minit akhir Abdul Malik melegakan Dollah

Jaringan minit akhir Abdul Malik melegakan Dollah

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kebangkitan pada minit akhir perlawanan yang dipersembahkan Sri Pahang FC melegakan pengendali pasukan, Dollah Salleh selepas seri 2-2 berdepan Selangor di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Pemain Sri Pahang FC,  Manuel Hidalgo (kanan) dihalang pemain Selangor FC R Dinesh pada saingan  Liga Super 2021  di Stadium Darul Makmur

  Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ini kerana jaringan yang disempurnakan penyerang pasukan itu, Abdul Malik Mat Ariff memastikan skuad Tok Gajah mengutip satu mata.

Pemain Sri Pahang FC,  Manuel Hidalgo (kiri) menjaringkan gol pertama  dalam perlawanan dengan Selangor FC  saingan  Liga Super 2021  di Stadium Darul Makmur

  Katanya, sikap pemain yang tidak berputus asa walaupun pada satu ketika ketinggalan 1-2 menyaksikan Si Pahang bangkit menyamakan kedudukan 2-2.

  “Saya gembira dengan semangat juang tinggi yang dipersembahkan semua pemain termasuk tiga pemain import baharu.

Penyerang Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan  gol penyamaan minit akhir perlawanan menentang Selangor FC  dalam saingan Liga Suoer 2021 di Stadium Darul Makmur

  “Keputusan ini diharap membantu pasukan untuk mempamerkan prestasi lebih baik dan mencatat keputusan terbaik,” katanya.

  Pada perlawanan itu, Abdul Malik muncul penyelamat apabila jaringan pada minit akhir perlawanan berjaya mengikat Selangor.

  Satu lagi gol skuad Tok gajah pula dijaringkan Manuel Hidalgo manakala dua gol Selangor pula, masing-masing satu dijaringkan Hein Htet Aung dan dan Ifedayo Olusegun.

  Pada perlawanan itu juga menyaksikan Sri Pahang menyenaraikan tiga pemain import baharu iaitu Hidalgo, Abubakar Yakubu dan Athiu Kenjok sebaik jendela perpindahan dibuka Isnin lalu.

  Seorang lagi pemain import baharu dari Myanmar, Aung Kaung Mann tidak dapat diturunkan kerana belum menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC).