JELAS CUKAI TAKSIRAN , NIKMATI PROMOSI PERCUMA MENAIKI CRUISE

JELAS CUKAI TAKSIRAN , NIKMATI PROMOSI PERCUMA MENAIKI CRUISE

Kuantan 24 Februari 2023. Sempena sambutan ulang tahun kedua Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), warga daerah ini berpeluang menyelusuri Sungai Kuantan dengan menaiki bot pelayaran secara percuma selama seminggu sehingga 28 Februari 2023.

Datuk Bandar, Dato’ Hamdan Husin berkata, mereka hanya perlu menunjukkan MyKad serta resit cukai taksiran untuk membuat tempahan melalui atas talian dengan melayari Facebook Kuantan River Adventures

Katanya lagi, tawaran percuma ini juga hanya diberikan kepada lima penumpang melalui satu resit bayaran dan hanya boleh digunakan sekali perjalanan sahaja.

Menurutnya lagi, ianya di adakan sebagai tanda penghargaan kepada warga di daerah ini, di samping mempromosi aktiviti pelancongan.

Chan Chong Meng dari Taman Kuantan Garden ketika ditemui amat gembira apabila ditawarkan menaiki bot pelayaran secara percuma dan berharap agar promosi begini dapat diteruskan lagi di masa akan datang mengakhiri perbualan dengan Fikrah Pahang. – Fikrah Pahang

oleh: KabhiIsmail