Jemaah Menteri setuju gaji dipotong 20 peratus setiap bulan

Jemaah Menteri setuju gaji dipotong 20 peratus setiap bulan

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing 20 peratus setiap bulan, kata YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar berkata, pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

“Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semula lah…potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (Jemaah Menteri) melakukan sedikit pengorbanan.

“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul…gaji ini satu saja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan, di sini, hari ini. – BERNAMA