KUANTAN: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini mengadakan kempen ‘bijak membantu, elak tertipu’ bertujuan membendung aktiviti pengemis di bandar raya ini.
Pengarah JKM Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin, berkata selain penguatkuasaan, kesedaran masyarakat turut penting dalam membendung kemunculan pengemis.
Justeru, katanya, JKM kini berusaha memberi penerangan kepada masyarakat supaya tidak terus menyumbang kepada pengemis yang akan muncul di beberapa tempat tumpuan seperti di perkarangan masjid, bank dan tempat tumpuan ramai.
“Tanpa sokongan masyarakat sukar untuk JKM membendung kemunculan pengemis terutama warga asing,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD