Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menyumbangkan pelbagai barangan elektrik bernilai RM10,000 kepada mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata misi bantuan kemanusian itu disampaikan kepada Pejabat Daerah Yan.
Menurutnya, pelbagai jenis barangan elektrik seperti periuk nasi, dapur gas, kipas dan pengisar diberikan kepada mangsa yang sudah kehilangan banyak harta benda dalam kejadian yang tidak diduga itu.
“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” katanya.
Beliau berkata, bantuan itu diserahkan kepada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah di perkarangan Dewan Dato’ Madi, di Yan, Kedah, semalam.