JKM, PST sedia 88 kaunselor buat mangsa banjir

JKM, PST sedia 88 kaunselor buat mangsa banjir

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang dengan kerjasama agensi di bawah Psychology Support Team (PST) menyediakan 88 kaunselor untuk mengatasi kemururungan di kalangan mangsa banjir.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, banjir yang berlaku memberi kesan terhadap mangsa terutama apabila banyak harta benda musnah dalam sekelip mata.

Katanya, mereka yang tertekan perlu ditenangkan oleh kaunselor secara bersemuka, bertemu di pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengunjungi mangsa.

“Seramai 88 kaunselor kini berada di setiap daerah. Sebelum ini, ramai di kalangan mereka berada di PPS untuk bertemu dengan mangsa banjir. 

“Selepas banjir surut, kaunselor mula bergerak ke rumah mangsa untuk memberi kauseling dalam suasana yang ceria,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD.