Johari, Fadzli penerus tradisi Pelangai, Dong 

Johari, Fadzli penerus tradisi Pelangai, Dong 

KUANTAN: Calon wakil rakyat baharu Barisan Nasional (BN) Pahang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Dato’ Sri Johari Harun akan meneruskan kesinambungan yang diberikan wakil rakyat terdahulu.

Beliau berkata, kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan penyandang yang juga bekas YAB Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob memberikan lebih keyakinan untuk memastikan kemenangan.

“Saya gembira dicalonkan dan saya selalu minta nasihat daripada Tan Sri kerana kita faham cara beliau untuk teruskan kesinambungan di DUN Pelangai. Teguran Tan Sri juga diambil,” katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bentong. 

Sementara itu, calon DUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal, berkata kepercayaan yang diberikan barisan pimpinan tertinggi akan dibalas dengan kemenangan kepada parti.

“Walaupun calon baharu, saya akan melaksanakan amanah dan kepercayaan itu bersama calon baharu lain,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Raub.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN