JPKK Peruas urus TER Lata Jarum

JPKK Peruas urus TER Lata Jarum

RAUB: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peruas diberi peluang menguruskan Taman Ekor Rimba (TER) Lata Jarum, di sini.

Pegawai Hutan Daerah (PHD) Raub, Shahril Mohamad berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk memberi pajakan sebahagian kawasan TER itu kepada JKPP Peruas sehingga 2026. 

Menurutnya, peluang yang diberikan kepada JKPP Peruas itu diharap dapat digunakan untuk mereka memajukan pusat pelancongan itu.

“Selain air terjun dan jeram, tarikan utama TER Lata Jarum ialah kawasan tumbuhan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia atau dikenali sebagai Pakma,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Pajakan TER Lata Jarum, Gotong-royong Perdana dan Penghijauan Malaysia @ Sungai Dong, Raub, semalam.

Program turut menyaksikan PHD Raub menyerahkah 400 pokok pelbagai spesies kepada lapan JPKK untuk ditanam di sepanjang Sungai Dong. – MOHD IMRAN IZZAD