JPNP Cungkil Bakat Baharu

JPNP cungkil bakat baharu

Kuantan – Pada 14 Januari 2025. (FIKRAH PAHANG)  Kelab Rekreasi TUDM Kuantan (KRTK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Junior Under 12 Golf Challenge 2025. 

Dalam kejohanan tersebut, Muhammad Abid Rayyan, 10 tahun, dari Integrated Islamic School, dinobatkan sebagai johan kategori lelaki, manakala Jasmine Soon Wei Yi dari Sekolah (J) Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chai, Kuantan, dinyatakan sebagai johan untuk kategori perempuan. Kejohanan ini telah disertai oleh 27 pelajar dari seluruh Pahang.

Pegawai JPNP, Azatul Azzeuk Aman, ketika ditemui, melahirkan rasa gembira terhadap kejohanan yang pertama kali diadakan ini. “Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat baharu, malah ia juga berupaya menjadi platform untuk melahirkan pemain golf cemerlang yang dapat beraksi dalam siri pertandingan kompetitif,” katanya.

Beliau menambah, “Usaha untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat-bakat baharu dalam dunia golf akan terus diperkukuhkan, memandangkan sukan berprestij ini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.”

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Utama, Pejabat KPDM Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya.

Oleh : Zulkifli Osman