KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertanggungjawab menjaga 60 pokok yang ditanam di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), di sini.
Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP, Nurfazliza Kamarulbahrin berkata pihaknya akan memantau pokok itu secara berterusan dalam memastikan tumbuhan terbabit terus membesar dan dapat mengindahkan kawasan PPSAS.
Menurutnya, selain spesies damar hitam siput daun besar atau nama saintifiknya Shorea Kuantanensis, pokok lain turut ditanam adalah tualang, pelawan, pulau, gelam, sentul dan hujan-hujan.
“Saya yakin pokok berkenaan akan hidup subur dan membesar terutama dengan penjagaan yang baik diberikan, penggunaan baja yang berkualiti mampu menyubur semua pokok kerana tanah di kawasan terbabit jenis tanah bukit.
“Setiap bulan kita akan melakukan lawatan bagi meninjau perkembangan setiap pokok, pokok yang ditanam bersaiz besar dan peratus untuk terus membesar begitu tinggi,” katanya, di sini hari ini.
Selasa lalu, 60 pokok itu ditanam pada Program Penanaman 5 Juta@Pahang: PPSAS yang diketuai YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Yang Dipertua Speaker DUN Pahang,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan ketua jabatan persekutuan serta negeri. – MOHD IMRAN IZZAD