JPNP menyediakan 25,000 anak pokok untuk Pahang Pride Kid

JPNP menyediakan 25,000 anak pokok untuk Pahang Pride Kid

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyediakan kira-kira 25,000 anak pokok pelbagai spesies sempena Program Anak Kebangsaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022).

Daripada jumlah itu, empat ratus Merawan Siput Jantan ditanam pada pelancaran program berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Taman Bandar, Indera Mahkota di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah JPNP, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin.

Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP, Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, baki bekalan anak pokok yang diperuntukkan akan ditanam di 13 Parlimen di Pahang mengikut jumlah kelahiran bayi di kawasan terbabit.

Beliau berkata, penanam pokok juga antara usaha Kerajaan Pahang menjayakan program `1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang’ yang menyasarkan penanaman lima juta pokok dalam lima tahun bermula 2021. – MOHD IMRAN IZZAD