KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menanam sekurang-kurangnya 1.2 juta pelbagai spesies pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta Pokok sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Penolong Pengarah Silvikultur Pahang Timur II, Wan Zaizielawany Wan Muhamad Zin berkata, usaha menanam pokok dilakukan sepanjang tahun membabitkan semua daerah di Pahang.
Menurutnya, tahun lalu pihaknya menanam sekurang-kurangnya 3.3 juta pokok menerusi pelbagai program menanam pokok dengan kerjasama beberapa pihak.
“Kita sasar untuk menanam lima juta pelbagai spesies pokok seluruh Pahang tahun ini. diharapkan usaha itu mencapai kejayaan,” katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata, program menanam pokok terbaharu ialah ketika Persidangan Perhutanan Malaysia (Malaysian Forestry Conference – MFC), minggu lalu. – MOHD IMRAN IZZAD