JPSM juara futsal dan boling MFC

JPSM juara futsal dan boling MFC

JABATAN Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) A muncul juara futsal selepas menewaskan JPSM B 3-2, menerusi penentuan sepakan penalti di padang Playground, Kuantan.

Kejohanan yang disertai 12 pasukan itu diadakan sempena Persidangan Perhutanan Malaysia (Malaysian Forestry Conference – MFC) Ke-19.

Tempat ketiga futsal berpihak kepada Jabatan Perhutanan Sabah A. 

JPSM turut mengungguli pertandingan bowling dengan melakukan 3,073 jatuhan pin manakala Jabatan Hutan Sarawak menduduki tempat kedua (2,907 pin) dan ketiga Jabatan Perhutanan Sabah (2,536 pin).

Majlis penyampaian dilakukan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Indera Mohd Ridza Awang.

Mohd Ridza berkata, pertandingan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan delegasi terdiri pegawai JPSM, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak.

“Kesungguhan pemain dapat dilihat sepanjang pertandingan diadakan, semangat kesukanan dan setia kawan jelas dipamerkan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD