Jualan laris di Agro Bazaar FAMA

Jualan laris di Agro Bazaar FAMA

 

KUANTAN: Tiga kedai Agro Bazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang catat jualan RM132,674.22, tahun lalu.

Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri berkata, terdapat tiga Agro Bazaar FAMA di Pahang yang beroperasi di Kuantan, Raub dan Cameron Highlands.

“Tiga Agro Bazaar FAMA di Pahang diuruskan sepenuhnya oleh FAMA daerah dan sambutan terhadapnya begitu menggalakkan. Kita menjual 67 produk Agro Mas keluaran FAMA dan 30 produk usahawan IKS tempatan,” katanya, di sini. – MOHD IMRAN IZZAD