KUANTAN: Lebih 30 jenis sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan akan dijual dengan harga lebih rendah di perkarangan pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, esok.
Turut ditawarkan pada harga berpatutan sempena Program Jualan My Rakyat dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) adalah ikan air tawar dan laut di samping ayam serta daging lembu tempatan.
Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, lebih 23 peniaga akan terbabit dalam program itu berkenaan yang bertujuan untuk membantu pengguna di daerah ini.
“Aktiviti jualan bermula 7 pagi hingga 2 petang. Penganjur turut akan mengadakan jualan ‘happy hour’ pada pengunjung bertuah. Jualan pelbagai produk Agromas turut diadakan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD