KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang tidak banyak berubah iaitu seramai 37,421 orang setakat jam 8 pagi ini, berbanding 37,780 jam 12 tengah malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah itu membabitkan 10,937 keluarga dan semua mangsa ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Katanya, Kuantan masih mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 13,496 orang daripada 3,911 keluarga dan kini ditempatkan di 65 PPS.
“Temerloh pula mencatatkan bilangan mangsa sebanyak 11,703 daripada 3,315 keluarga di 79 PPS; Bentong (4,695 mangsa/1,590 keluarga) di 17 PPS dan Bera (2,184 mangsa/623 keluarga) di 20 PPS.
“Ia diikuti Pekan (1,571 mangsa/461 keluarga) di 21 PPS; Jerantut (1,477 mangsa/379 keluarga) di 23 PPS; Lipis (1,109 mangsa/348 keluarga) di 16 PPS; Maran (811 mangsa/214 keluarga) di 19 PPS serta Raub (375 mangsa/96 keluarga) di empat PPS,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Menurutnya, sebanyak 10 kematian dicatatkan iaitu tujuh di Bentong, Kuantan (dua) dan Raub (satu).
Tambahnya, sebanyak 18 laluan ditutup di Temerloh iaitu di Jalan KL – Kuantan, Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Temerloh-Mentakab, Loji Air Batu Sawar, Jalan Utama Jenderak, Jalan Bolok-Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bkt Damar/Lakum, Jalan Paya Luas-Perlok, Jalan Kg Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang-Bangau dan Jalan Megat Segama.
“Juga ditutup Jalan Alternatif Paya Luas-Paya Jauh, Jalan Kg Belenggu, Jalan Bahagia-Belenggu halt, Jalan Batu Kapur, Jalan Sanggang-Lubuk Kawah serta Jalan Kuarters JKR,” katanya.
Katanya lagi, di Bera sebanyak sembilan laluan ditutup iaitu Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Utama Gugusan Bera, Jalan Bohor Bahru, Jalan Triang 1, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kg Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting-Guai dan di Jalan Charuk Puting- Selindang.
Che Adam berkata, di Jerantut pula, laluan ditutup membabitkan Persimpangan Jengka 8-Maran, Kuala Lipis-Jerantut, Jalan Bukit Puas-Gintong, Jalan Sg Yap-Pasir Tambang, Jalan Kg Paya Petai-Sg Salan, Jalan Paya Rajin, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Bt Embun-Tebing Retang-Merting dan Jalan Ulu Rentang ke Merting.
“Di Maran, Jalan Pekan Sehari Kg Awah, Jalan Kg Wau /Kertau, Jln Serengka, Jalan Bkt Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Utama Jengka Utara/Selatan, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing dan Jalan Masuk Kg Paya Ladang, manakala di Pekan, Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak-Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.
“Hanya satu laluan masih ditutup di Kuantan iaitu di Jalan Sungai Lembing dan di Bentong, Jalan Karak-Simpang Pelangai,” katanya. HELMY ABD RAHMAN