Jumlah mangsa banjir turun sedikit di Terengganu 

Jumlah mangsa banjir turun sedikit di Terengganu 

KUANTAN: Jumlah penduduk terjejas Banjir di Terengganu merekodkan penurunan 1,015 kepada 36,777 mangsa daripada 10,601 keluarga, pada kira-kira 4 petang, hari ini.

Angka itu turun berbanding  37,792 mangsa banjir daripada 10,401 keluarga pada kira-kira 8 pagi, pada hari yang sama. 

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekurang-kurangnya 280 PPS dibuka di lapan daerah di negeri itu.

Daerah yang terbabit dengan banjir adalah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN