Jumlah mangsa di PPS makin berkurangan

Jumlah mangsa di PPS makin berkurangan

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 5,987 mangsa banjir daripada 1,851 keluarga masih berada di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini, pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, Temerloh merekodkan 3,125 mangsa, Pekan (1,522), Bentong (682), Kuantan (463) dan Maran (195).

“Ketika ini, enam jalan ditutup membabitkan lima daerah di negeri ini iaitu Jalan Southern Loop, Bentong, Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut; Jalan Kuala Lumpur– Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok di Temerloh,” katanya. 

Sementara itu, mengikut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai, masing-masing satu di Sungai Dong, Kampung Peruas, Raub dan Sungai Kundang, Maran, merekodkan air sungai melepasi paras waspada. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN