Kakitangan B40, penuntut UIAM terima bantuan

Kakitangan B40, penuntut UIAM terima bantuan

KUANTAN: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan mengagihkan sumbangan keperluan asas sempena Ramadan kepada 200 kakitangan dan penuntut kumpulan B40, semalam.

Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof Dr Azmi Mohd Nor berkata, program bantuan kepada komuniti UIAM diadakan bagi menceriakan lagi ibadah puasa dengan kerjasama pelbagai pihak, setiap tahun.

Katanya, kali ini pihaknya mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan Hasane International yang menyediakan barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mereka yang layak. 

“Antara barangan itu adalah beras, minyak masak, gula, tepung, garam dan kurma. Barangan itu diharap dapat digunakan sepanjang Ramadan kali ini,” katanya.  – MOHD IMRAN IZZAD