JERANTUT: Dua calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Damak menjadikan pekan sehari Jerantut, hari ini, sebagai medan bertemu pengundi.
Fasal Jamlus yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan calon muka baharu Barisan Nasional (BN), berkata walaupun beliau dan Zuridan Daud (PN-Pas) berlainan parti, mereka tetap bertegur sapa.
“Kami dah lama kenal. Pekan sehari ini mudah bertemu penduduk setempat, beramah mesra dengan pengundi dan mengedarkan risalah parti,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE