‘Kami rasa bertuah, terima kasih’

‘Kami rasa bertuah, terima kasih’

KUANTAN: Seribu lima ratus mahasiswa di daerah ini bersyukur, berasa bertuah dan berterima kasih di atas bantuan RM200 setiap penuntut yang dihulurkan oleh Kerajaan Pahang, hari ini.

Jebat Iskandar Syah Jeefri, 20, dari Kolej Yayasan Pahang (KYP), berkata bantuan itu begitu bermakna buat dirinya.

“Memang rasa bertuah apabila terpilih sebagai penerima BPP ini dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang begitu prihatin.

“Alhamdulillah, terima kasih juga kepada Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Penuntut Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS), Siti Nurbahyah Balqis Azahari,  

17 pula tidak menyangka menerima bantuan itu.

“Bantuan yang diterima ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan dan rezeki buat saya dan penuntut lain,” katanya.

Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN