Kami tutup dulu, sebab air dah besar

Kami tutup dulu, sebab air dah besar

JERANTUT:  Lima belas pengusaha restoran terapung di Taman Negara, Kuala Tahan  memberhentikan operasi sebagai persediaan menghadapi ancaman gelombang kedua banjir. 

Dar Abdullah, 50, berkata, ketika ini sebahagian besar pengusaha restoran memberhentikan operesi perniagaan dan menumpukan kepada keselamatan rakit masing masing.

“Biasanya pada penghujung tahun sehingga awal Januari, air sungai Tembeling besar kerana musim hujan apatah lagi amaran gelombang kedua banjir ketika ini,” katanya.

Menurutnya, mereka akan menarik rakit ke tebing sungai, terutama ke kawasan yang  selamat dan jauh daripada arus deras Sungai Tembeling.

Selain itu, katanya, mereka akan menambah tali ikatan rakit dan memastikan ia kuat agar tidak mudah hanyut. 

“Kami bimbang air naik dengan mendadak di tengah malam. Kami tidak boleh boleh tidur malam kerana setiap dua jam kami akan melihat paras air. 

“Jika air naik, kami perlu naikkan ikatan. Jika  air surut, kami perlu longgarkan ikatan agar tidak tersadai di tepi tebing sungai,” katanya.

Mohd Shukri  Hussin. 52,  ada juga pengusaha yang membuka struktur bangunan rakit mereka dan memasangnya semula selepas banjir.

“Ini kerana biasanya setiap kali selepas banjir akan berlaku kerosakkan akibat dilanda arus deras dan perlu dibaiki sebelum boleh beroperasi kembali,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE