Kampung Kita Keluarga RISDA jadi tumpuan

Kampung Kita Keluarga RISDA jadi tumpuan

BENTONG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM1.16 juta bagi  melaksanakan agenda ‘Kampung Kita Keluarga RISDA’. 

Timbalan Menteri I KPLB, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, agenda ‘Kampung Kita Keluarga RISDA’ adalah usaha untuk memperkasa program Kampung Pengembangan yang diperkenalkan pada 2010.

“Hasrat kita hendak mewujudkan pusat tumpuan bagi RISDA menyampaikan segala bentuk maklumat dan penyebaran ilmu kepada masyarakat pekebun kecil di samping membudayakan inovasi. 

“Bagi memastikan pusat itu berjaya, setiap pusat tumpuan tersebut akan diperuntukkan  kira-kira RM20,000,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian di Majlis Hari Kualiti dan Inovasi RISDA Negeri Pahang di  Genting Highlands  hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.  – MUHAMMAD NAJMIE