Kanak-kanak Cameron Highlands paling ramai ambil vaksin

Kanak-kanak Cameron Highlands paling ramai ambil vaksin

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 52,449 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin di Pahang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sehingga 30 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, berkata Cameron Highlands mempunyai jumlah PICKids tertinggi iaitu 42.1 peratus.

Katanya, Rompin merekodkan 18 peratus, diikuti 16 peratus di Pekan, manakala Maran pula 16.1 peratus.

“Namun, jumlah ini masih lagi rendah walaupun hampir dua bulan PICKids berlangsung di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi Vaksin Dos Penggalak (VDP), katanya, 604,829 penduduk Pahang sudah menerimanya iaitu pada kadar 57.3 peratus sehingga 30 Mac lalu.

“Cameron Highlands merekodkan jumlah tertinggi iaitu 67.6 peratus manakala Pekan merekodkan liputan terendah iaitu 40.5 peratus,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN