KUANTAN: Lebih 50,000 belia dijangka hadir untuk bersama memeriahkan Karnival Belia dan Sukan Pahang 2022 di Padang Kemunting, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini, bermula esok hingga Ahad ini.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, MBK dan Persama terbuka kepada warga Pahang.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Fun Run 5km, Fan Ride ๐๐km dan ๐๐km, Liga Pelnati, X-Games, Senamrobik, Lompat Tali, Fitness Challenge, Sukan Tradisional dan Ragbi.
Selain itu, penganjur turut menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti ๐ ๐ผ๐๐ผ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐น ๐ฌ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ ๐ญ๐ฏ๐ฑ๐๐ ๐๐ถ, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐ผ๐น๐ผ ๐๐ฎ๐น๐ฐ๐ผ๐ป (๐ฅ๐ผ๐ฎ๐ฑ ๐๐ถ๐ธ๐ฒ), ๐๐ฎ๐ฟ๐บ๐ถ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐ป๐ฒ๐ฟ dan pelbagai hadiah lain.
Pengarah JBS Pahang, Muโazamir Jili berkata pihaknya menjemput mereka yang berminat untuk turut sama menyertai pertandingan yang diadakan. – MOHD IMRAN IZZAD