Kaung Mann, Athiu jadi taruhan Sri Pahang robek gawang Melaka United

Kaung Mann, Athiu jadi taruhan Sri Pahang robek gawang Melaka United

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Gandingan Aung Kaung Mann dan Kenny Athiu menjadi taruhan Sri Pahang FC untuk merobek gawang Melaka United apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pengendali kelab, Dollah Salleh berkata, dua penyerang import itu diyakini mampu membantu Skuad Tok Gajah melakar kemenangan di laman sendiri.

Pada masa sama, katanya, tiga lagi pemain import iaitu Manuel Hidalgo, Abubakar Yakubu dan Hérold Goulon akan memperkasakan pasukan.

KUANTAN. Pemain Sri Pahang FC, Kenny Athiu yang  menjadi taruhan pada perlawanan menentang Melaka United, malam esok. Slug import 24 Julai 2021

“Oleh itu, saya harap barisan pemain disenaraikan dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka selepas saingan liga berehat panjang kira-kira dua bulan,” katanya, hari ini.

Mengulas kedudukan Nick Swirad yang dijangka berada dalam kesebelasan utama, Dollah belum membuat keputusan mengenai pemain kacukan Malaysia-England itu.

“Segalanya belum pasti kerana semua pemain mahu merebut tempat sebagai pemain utama dan saya harap mereka yang terpilih akan bermain dengan baik.

“Ini kerana misi utama pasukan ialah untuk mencatat kemenangan ke atas Melaka United dalam usaha memperbaiki kedudukan liga,” katanya.