Oleh Mustaffa Kamal
fikrahpahang@fikrahpahang@gmail.com.my
KUANTAN: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni As Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, mencemar duli menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Satu Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Al-Fadhil Ustaz Afif Aisar Ahmad manakala khutbah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Al-Fadhil Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin.
Baginda kemudiannya berkenan melihat Ibadah Korban di perkarangan masjid diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Kerajaan Pahang, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.