Kebiadaban Zuraida tak boleh dipandang ringan – YAB Menteri Besar

Kebiadaban Zuraida tak boleh dipandang ringan – YAB Menteri Besar

 

Helmy Abd Rahmane

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Zuraida Kamaruddin ternyata biadap apabila mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam satu program televisyen beberapa hari lalu. 

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wa Rosdy Wan Ismail berkata, kata-kata yang terpacul daripada anggota jemaah menteri Kerajaan Persekutuan tentunya sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

“Oleh itu, tindakan sewajarnya hendaklah menyusul demi menegakkan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan seperti termaktub dalam Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam rancangan bual bicara berbahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani beberapa hari lalu, Zuraida  dilaporkan berkata, kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan Ordinan Darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak tidak wajar. 

Beliau juga menyatakan, Yang di-Pertuan Agong perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara dan boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.