Kecur air liur nikmati Iftar di Hotel Shahzan

Kecur air liur nikmati Iftar di Hotel Shahzan

KUANTAN: Kecur air liur melihatkan menu tersedia di Kafe Puteri Teja di Hotel Shahzan di sini, sepanjang Ramadan ini.

Serawa Durian, Sotong Telur Masin, Kari Udang Nanas dan Kambing Bakar antara juadah yang boleh anda nikmati melalui sajian Moh Iftar iaitu sajian berbuka puasa hasil air tangan Sous Cef Mohd Helmi M Thani.

Bertemakan kekeluargaan, Moh Iftar menyediakan juadah berbuka puasa yang dapat mencipta memori indah bersama keluarga.

Cef Mohd Helmi berkata, olahan menu terbabit bertujuan menghidupkan suasana kekeluargaan terutama ketika negara sudah memasuki fasa endemik COVID-19. 

“Sebelum ini, ada antara kita tidak dapat bersama keluarga akibat pandemik COVID-19 dan untuk mengembalikan keindahan berkumpul bersama, apa kata datang ke Kafe Puteri Teja bagi menikmati juadah berbuka puasa sesama keluarga.

“Moh Iftar merangkumi kira-kira 100 sajian membuka selera untuk dinikmati ketika berbuka puasa bagi mereka yang berkunjung ke Kafe Puteri Teja di Hotel Shahzan ini.

“Pengunjung tidak harus melepaskan peluang mencuba hidangan istimewa iaitu nasi Arab dan kambing bakar serta serawa durian yang pasti memenuhi selera anda.

“Juga terdapat pada sajian utama, Daging Masak Hitam, Patin Tempoyak, Ikan Tenggiri Sambal Hijau dan semestinya Nasi Arab dan Kambing Bakar yang memang sudah terkenal di sini,” kata Cef Mohd Helmi ketika ditemubual Fikrah Pahang, pada sesi prebiu Ramadan di hotel itu, baru-baru ini.

Moh Iftar boleh dinikmati pada harga RM65 untuk pelanggan dewasa dan RM35 (kanak-kanak 5-11 tahun).

Hotel Shahzan juga menawarkan pakej penginapan dan berbuka puasa pada harga RM205 seorang untuk semalam dan RM265 semalam untuk dua orang. – HELMY ABD RAHMAN