Kelantan catat 25,353 mangsa banjir

Kelantan catat 25,353 mangsa banjir

KUANTAN: Kelantan merekodkan sekurang-kurangnya 25,353 mangsa banjir daripada 6,897 keluarga pada kira-kira 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan memaklumkan semua mangsa kini ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri itu.

Pasir Mas paling ramai iaitu 5,322 mangsa yang ditempatkan di 22 PPS, diikuti Pasir Puteh (4,379), Tumpat (4,202), Kota Bharu (4,084) dan Kuala Krai (3,229).

Selain itu, Tanah Merah kini terdapat 1,387 mangsa banjir, Machang (1,173), Bachok (1,158) dan Jeli (420). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN