Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
TEMERLOH: Kawasan halaman rumah penduduk FELDA Bukit Damar, Lanchang, di sini akan dihiasi dengan pokok kelapa MYD.
Kelapa MYD (Malayan Yellow Dwarf) adalah jenis kelapa renek yang banyak ditanam di negara ini sebagai tanaman yang bukan sahaja menghasilkan buah kelapa, malah tanaman landskap yang mendatangkan hasil.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata sebanyak 828 batang pokok kelapa MYD dibekalkan untuk ditanam di halaman rumah.
“Semoga usaha ini dapat mengimarahkan lagi halaman rumah peserta dengan pelbagai produk pertanian,” katanya.
Mohd Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang berkata demikian ketika merasmikan Program Kelapa Keliling Rumah (KKR) peringkat Temerloh di Felda Bukit Damar, hari ini.
Hadir sama, Pegawai Pertanian Daerah Temerloh, Gan Hwee Yiam; Pengurus Felda Bukit Damar Mohd Amre Bin Mahat dan pemimpim setempat dan wakil dari setiap blok.