Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
MARAN: Sebanyak 1,000 ekor ayam mentah diagihkan kepada keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, semalam.
Ahli DUN (ADUN) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin berkata, pengagihan itu diuruskan ketua kampung dalam DUN berkenaan.
“Sebanyak 100 ekor ayam diserahkan kepada setiap kampung di DUN Kuala Sentul untuk diagihkan kepada keluarga miskin.
“Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang bermurah hati menyumbang 1,000 ekor ayam segar dan semoga beliau dimurahkan rezeki,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai yang mengambil inisiatif untuk menyumbang barangan keperluan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.