Kem suntik semangat Tok Gajah buat atlet Sukma

Kem suntik semangat Tok Gajah buat atlet Sukma

LEBIH empat ratus atlet Pahang yang bakal bersaing pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur kini sedang mengikuti kem motivasi, 15-17 Ogos, di Kuantan. 

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Zamri Hassan berkata program bertujuan untuk memupuk semangat perjuangan yang tinggi dengan sasaran merangkul kejayaan pada pertandingan disertai.

“Kem motivasi turut meningkatkan disiplin dan jati diri setiap atlet yang akan membawa imej Pahang dipentas kebangsaan.

“Saya berharap penganjuran program berkenaan dapat melahirkan atlet Tok Gajah berjiwa besar yang dapat menghasilkan merangkul pingat pada SUKMA 2022 Kuala Lumpur bulan depan,” katanya, di sini hari ini.

Bagi atlet menembak, Muhamad Syafiq Wan Mustaza, berkata dia berpuas hati dapat menyertai kem motivasi yang dapat meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri.

“Motivasi yang diterapkan diharap mampu mencapai misi kontinjen Pahang merangkul seberapa banyak pingat yang ditawarkan,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD